Perkenalkan Tyra, Welder Wanita Melayu Berniqab Yang Buat Ramai Orang Ternganga

Kerjanya lasak, bermain dengan besi dan api, tetapi dia memilih untuk berniqab ketika bekerja.Ini Tyra, wanita berniqab yang bekerja sebagai welder di syarikat oil and gas Sapura Kencana. Tyra menjadi bualan netizen selepas memuat naik gambar dan status tentang pekerjaan dan pilihan pakaiannya dilaman Facebooknya.


Kata Tyra, dia cuba sedaya upaya menjaga auratnya di dalam mahupun di luar masa bekerja. Dia tidak mahu menjadikan statusnya sebagai seorang perempuan muslimah untuk menghalang beliau membuat kerja-kerja berat seperti welder. Dia memilih untuk berniqab di tempat kerja untuk mengelak debu pasir dan debu besi.

Tyra juga menjelaskan dia tidak dapat memakai jubah ketika bekerja sebaliknya memakai baju dan seluar lelaki demi mengelak dari disambar api Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pengguna laman sosial apabila membaca dan melihat status Tyra itu.


Ada netizen yang mengecam pilihan Tyra memakai niqab kerana ia dikatakan tidak selamat. Rambut panjang lagikan diikat inikan pula niqab. Ada juga yang mengkritik perbuatan selfie yang kerap ditunjuk Tyra di laman sosialnya. Yang tak bestnya, ada juga yang ungkit kisah peribadi beliau.

Bagi yang tak tahu, Tyra merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak. Seorang netizen memuat naik screenshot status Tyra yang dikatakan dikecam hingga hal peribadinya pun disentuh sehingga memaksa dia minta gambarnya diturunkan atau didelete.  


Tetapi, apa kaitan pakaian, pekerjaan dan status peribadi Tyra? Sepatutnya ia tidak disentuh atau dikaitkan sama sekali kerana ia langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, dari segi keselamatan, selamatkah berniqab dalam bidang kerja seperti Tyra? Menurut Tyra, apabila bekerja dia akan melipat dan menyorokkan niqab ke tepi topi kerana perlu memakai mask. Namun ada pengguna laman sosial yang berkongsi pengalaman baju berlubang terkena api ketika menjadi welder. Jadi, adakah perbuatan lipat niqab itu selesa dan selamat? Kalau Tyra rasa selesa dan dia mematuhi peraturan, apa salahnya dia berniqab. Betul tak?


No comments

Powered by Blogger.