“#Kipidap Ayah banyak menyelamatkan orang ramai.”

“#Kipidap Ayah banyak menyelamatkan orang ramai.”

Itulah respon Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kepada tweet mohon maaf pengacara sensasi, Azwan Ali di laman Twitter.


Abdul Rani yang terkenal dengan panggilan Ayahanda Rani turut memuji tindakan Azwan Ali yang memohon maaf dan menyesali keterlanjuran perbuatannya.

“Tahniah dan syabas kepada Azwan Ali kerana menjadi seorang yang hebat kerana sanggup meminta maaf kepada orang ramai di atas perbuatannya itu.

“Saya memang memberi amaran kepadanya untuk meminta maaf dalam masa seminggu tetapi tidak sampai seminggu beliau sudah tampil memohon maaf,” katanya.

Tambahnya, Azwan Ali diharap agar kembali ke pangkal jalan dengan tidak membuat sebarang isu kontroversi di masa akan datang.

“Jangan pandang Ayah biasa-biasa sahaja, walaupun Ayah lemah dari segi akademik tapi Ayah ‘power’ dalam menyelamatkan hubungan sesama manusia.

“Siapa yang sahut cabaran Ayah, dia sangat hebat!

“Tindakan memohon maaf itu menunjukan Azwan Ali menghormati perjuangan Ayah untuk menjaga kedamaian sesama manusia,” katanya lagi.

Dalam pada itu Azwan Ali yang memohon maaf menerusi akaun Twitter beliau berkata, “Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah. Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.”

No comments

Powered by Blogger.