Gempar!! Selebriti Ugut Kelar Tangan

Cerita mengenai selebriti ini sangat cemburu dengan pasangannya bukan perkara baru. Malah, dalam kalangan orang industri sendiri, ramai tahu mengenainya.


Kuat cemburu juga menyebabkan pasangan selebriti ini dikatakan susah untuk meneruskan kerjaya seninya. Apa juga yang dilakukan harus mendapat kebenaran.

Selebriti itu bertuah memandangkan pasangannya sangat memahami sikap cemburunya, membuatkan dia akan menurut kata apa juga yang ditetapkan untuknya.

Begitupun, dikhabarkan ada sebab mengapa pasangan selebriti ini perlu menurut katanya. Selain mahu menjaga keharmonian hubungan, dia tidak mahu buah hati kesayangannya melakukan sesuatu yang mengejutkan.

Terkejut juga apabila ada pihak menyatakan selebriti itu akan melakukan sesuatu di luar dugaan. Apa yang dimaksudkan di luar dugaan itu?

Ada pihak memberitahu, selebriti itu akan ugut pasangannya untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan jika kehendaknya tidak dituruti. Nauzubillah! Takkan sampai begitu sekali.

Menurut cerita lagi, hendak diikutkan memanglah perkara itu seperti susah untuk dipercayai, malah pasangan selebriti terbabit tidak menyangka orang yang disayangi itu akan bertindak sejauh itu.

Bagaimanapun perkara itu benar-benar berlaku di awal hubungan mereka. Apabila kehendak selebriti itu tidak diikuti, dia mengelar pergelangan tangannya.

Menurut cerita orang keliling lagi, selebriti itu tidak suka pasangannya dilihat dekat-dekat atau bermesra dengan wanita lain. Begitulah kuatnya perasaan cemburu yang ada pada selebriti terbabit.

Perasaan cemburu itu bagus untuk orang yang berkasih sayang kerana ia menunjukkan betapa kita benar-benar mencintai seseorang itu.

Bagaimanapun, kalau sikap terbabit membawa kemudaratan sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri, itu bukan lagi cemburu tetapi obses yang keterlaluan dan seseorang itu sebenarnya menghadapi masalah jiwa.

No comments

Powered by Blogger.